BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, August 27, 2010

Adakah UPSR dan PMR benar-benar wajar dimansuhkan?

Setiap benda mesti ada kebaikan dan keburukannya. Kemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR pun juga ada kebaikan dan keburukannya. Tetapi saya rasa tidak wajar memusnahkan peperiksaan UPSR dan PMR.

Adakah UPSR dan PMR benar-benar wajar dimansuhkan?

Pada hari ini , kebanyakan pelajar belajar kerana ada sistem ujian supaya dapat menjamin masa depan mereka , termasuk saya . Saya tidak menafikan saya seorang daripada pelajar yang malas dan suka bermain . Saya akan belajar jika ada ujian . Oleh itu , saya rasa bahawa UPSR dan PMR tidak harus dimansuhkan.

Adakah UPSR dan PMR ialah beban??? Adakah UPSR dan PMR menjadi sebab utama tidak berlakunya pendidikan yang efektif dan berkesanndi dalam kelas ekoran kecenderungan mereka ??? Calon-calon UPSR dan PMR hanya menumpu kepada teknik menjawab dan soalan yang berkemungkinan akan keluar dalam peperiksaan???

Pada pendapat saya , pelajar mungkin menganggap UPSR/PMR sebagai satu tujuan mereka supaya mereka akan bersungguh-sungguh dan berusaha untuk mencapai tujuan yang ditetapkan. BUKAN BEBAN mereka. Dalam proses menghadapi peperiksaan UPSR dan PMR , walaupun mereka mungkin akan berasa tekan , tetapi mereka akan dapat meluaskan ilmu pengetahuan mereka dan fikiran mereka boleh dikembangkan.

Jika peperiksaan UPSR dan PMR dimusnahkan , pelajar akan hilang daya saing atau minat belajar .
Sebagai contoh,

murid tahun 6 dan tingkatan 3 dalam sesebuah sekolah, keadaan asyik mentelaah buku ini hanya dapat dilihat kepada pelajar kelas-kelas A dan B sahaja. Jadi, konklusinya, pada hujung tahun nak peperiksaan pun tak ingin baca buku, inikan pula bila kedua-dua peperiksaan ini dimansuhkan? Mereka akan menjadi malas lagi.

Selain itu , masalah sosial semakin melambak di Malaysia. Cuba anda fikirkan, jika kerajaan tak wujudkan peperiksaan di Tahun 6 dan Tingkatan 3, bagaimana perilaku remaja-remaja hari ini ? Meraka akan semakin dashyat. Pada masa itu, bangsa sedunia sedang berusaha memupuk pemikiran dan sahsiah ideologi kelas pertama dalam masyarakat, kita di Malaysia ini seolah-olah menggalakkan pelajar membazir masa dan tenaga di aktiviti yang tidak berfaedah, seperti melepak di pusat beli-belah , merokok dan lain-lain. Bagaimana nak capai sahsiah ideologi kelas pertama dalam masyarakat ? Pelajar-pelajar yang bermasalah tersebut akan menganggap peperiksaan di sekolah tidak berguna atau tidak penting. Malaysia mungkin dipenuhi macam-macam masalah sosial sama ada secara fizikal atau secara maya.

Di samping itu, soal kelayakan akademik menengah akan timbul. Tanpa peperiksaan yang setanding seperti PMR, sudah tentu agak sukar bagi pelajar untuk menentukan bidang yang sesuai dengan kelayakan akademik untuk memasuki ditingkatan empat. Maka, timbulah masalah seperti mengikut kawan atau pilih bidang untuk glamor.

Sebagai contoh,
Tanpa peperiksaan seperti PMR yang benar-benar kukuh, seorang pelajar yang tidak ingin berusaha dan asyik gagal subjek Mathematics diluluskan untuk masuk kelas Sains 1 (Physic) semata-mata disebabkan pengaruh rakan-rakan dan glamor. Malangnya, akan melahir pelajar yang lepasan SPM yang akhirnya tidak diterima masuk ke IPTA. Selain itu, mereka disebabkan tidak ada apa yang ingin dibuat, pelajar tersebut akhirnya menjadi penyumbang kepada peningkatan statistik masalah sosial di Malaysia.

Kesimpulannya, jika UPSR dan PMR dimansuhkan, ada kebaikan dan keburukan. Jadi saya berharap yang UPSR dan PMR janganlah dimansuhkan. Saya berharap pihak berkaitan haruslah memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam UPSR dan PMR dan janganlah membuat keputusan terburu-buru apatah lagi dipengaruhi tekanan dan unsur-unsur politik.

No comments:

Post a Comment