BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 28, 2010

REFLEKSI

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih terhadap pensyarah saya, En.Nik. En. Nik ialah seorang pensyarah yang baik. Saya amat gembira dan seronok apabila menghadiri kelas teknologi maklumat. Hal ini kerana pensyarah saya selalu berkomgsi pengalaman-pengalaman dan pengetahuan tentang teknologi yang lebih bercanggih seperti semasa memasuki sebuah bilik komputer lampu akan menghidup dengan automatik. Cara En.Nik mengajar berbeza dengan pensyarah lain. Dia memberi peluang kepada kita cuba supaya kita belajar lebih memahami dan belajar sekumpulan bukan seseorang.

Melalui kelas teknologi maklumat ini, saya dapat lebih memahami tentang cara menggunakan blogger. Secara tidak langsung ianya dapat mengajar saya dengan lebih mendalam serta terperinci mengenai tentang blogger. Saya juga dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis selepas menyiapkan segala tugasan yang diberikan. Keadah berfikir amat penting terhadap kehidupan kita. Proses belajar ialah proses berfikir. Oleh itu, sebagai seorang guru perlu berfikir cara-cara mengajar pelajar dan memupuk pelajar selalu berfikir. Hal ini didapati pada pensyarah kita memupuk kita berfikir dengan menggunakan blogger.

Saya mencari maklumat yang berkaitan di dalam internet. Pensyarah ingin kita menyiapkan tugasan tanpa bantuan dia. Hal ini kerana kita akan mengkaji dan berfikir lebih banyak semasa membuat tugasan dengan menggunakan blogger. Tugasan yang dibuat sendiri akan lebih mengharagai dan memahaminya. Saya juga bersyukur kerana mempunyai rakan sekelas iaitu Sia Ju Ping dan Goh Hui Ping yang begitu memahami serta banyak membantu dengan menyumbangkan idea dan bantuan kepada saya. Hal ini saya dapat berkongsi pengetahuan ilmu dengan rakan-rakan saya.

No comments:

Post a Comment