BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 22, 2010

17.Tunjukkan kemahiran-kemahiran untuk kita memperolehi maklumat dan menentukan ketepatan dan keperluan maklumat itu kepada diri kita.


Definisi maklumat

« Maklumat adalah satu fenomena yang unik.

Contohnya,

perkara ‘X’ mungkin dianggap maklumat kepada seorang individu, tetapi tidak bagi individu lain.

« Maklumat ialah data yang telah diproses atau data yang memberi makna dan difahami.

Contoh

bilangan murid yang telah lulus dalam peperiksaan yang dijalankan mengikut gred yang telah ditetapkan . Berdasarkan data itu dapat dibuat kesimpulan mengenai kelemahan murid-murid tersebut dan tindakan susulan dapat dibuat bagi meningkatkan prestasi.

Kemahiran Maklumat perlu untuk

« hidup dan bersaing dalam dunia dan ekonomi global yang terlalu bergantung kepada maklumat

« belajar berdikari secara beransur-ansur untuk menghayati konsep pendidikan seumur hidup

« Penyumbang kepada pencapaian negara – K-Masyarakat

« Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi)

« Memperkukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga manusia berpengetahuan

« Kerajaan menghendaki seluruh rakyatnya mempelajari, memahami dan menguasai pengetahuan mengenai “Information Technology” (IT)

KEMAHIRAN – KEMAHIRAN MEMPEROLEHI MAKLUMAT

  • Enam kemahiran utama yang digunakan oleh pengguna maklumat yang dikenali juga sebagai Big Six Skills
  • dicipta oleh dua orang warga Amerika Syariakt iaitu Micheal B.Eisenberg dan Robert Berkowitz pada tahun 1987.
  • Enam kemahiran utama ini telah diikhtiraf sebagai kurikulum celik maklumat bagi sekolah – sekolah di Amerika Syarikat.
  • Secara umumnya, ia adalah proses pembelajaran melalui penyelesaian masalah.
  • Ia mengajar pelajar cara mencari dan menggunakan maklumat secara efektif bagi menyelesaiakn masalah dalam setiap subjek di sekolah.
  • Ini mendedahkan pelajar pelbagai sumber, teknik mencari maklumat dan cara mempersembahkan maklumat dalam bentuk yang berkesan dan menarik.

The Big Six Skills Model

  1. Menentukan Tugasan/keperluan

a. Tentukan tujuan

b. Tentukan masalah, tanya soalan

c. Tentukan keperluan maklumat berhubung dengan masalah

d. Gambarkan dengan tepat skop sesuatu topic

e. Kaitkan dengan pengetahuan sedia ada

f. Buat gambaran/Peta minda

  1. Menstrategi proses mengesan sumber

a) Tentukan kepelbagaian sumber yang mungkin ada

b) Memahami bahawa bahan elektronik seperti Laman Web dan CDR adalah pelengkap kepada bahan cetak

c) Nilai dan pilih sumber yang mungkin sesuai mengikut keperluan

3. Lokasi dan Akses

a. Mengesan sumber maklumat (fisikal dan intelektual)

b. Cari maklumat daripada sumber

c. Perlu ada kemahiran perpustakaan membaca, belajar dan ICT

4. Mengguna Maklumat

a) Terlibat secara aktif (membaca,mendengar,melihat,melayari Laman Web)

b) Mendapatkan maklumat daripada sumber

c) Perlu ada kemahiran membaca, menulis, belajar dan ICT

5. Sintesis (sepadukan maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber)

a. Menyusun maklumat daripada

- menguna bahan dengan gaya sendiri

- guna “Critical-Thinking Skills”

b. Menyampaikan maklumat

- ubahsuai maklumat mengikut format penyampai

- berkomunikasi dengan tepat, mengambilkira media,mesej dan penonton

6. Penilaian (kritis)

a) Nilai keberkesanan produk kajian

b) Nilai keberkesanan dan keefisienan proses penyelesaian masalah yang dijalankan

MENENTUKAN KETEPATAN MAKLUMAT
Menentukan ketepatan membawa maksud yang sama dengan membuat penilaian terhadap maklumat tersebut.Di bawah subtopik ini akan membincangkan tentang cara yang dapat membantu dalam proses penilaian.Antara caranya ialah berdasarkan analisis mudah dan analisis mendalam.
1. Analisis mudah

« Dalam analisis mudah terdapat perkara – perkara yang perlu diteliti seperti pengarang buku.

« Pengarang buku ini dapat dipastiakn berdasarkan latar belakang pendidikan,pengalaman,hasil tulisan terdahulu sekiranya ada dan di mana pengarang itu bekerja.

« Biasanya latar belakang ini terdapat pada biodata pengarang.

« tahun penerbitan sesebuah buku juga perlu kita teliti samada ia penulisan pada zaman dahulu atau pada masa sekarang.

« Kemungkinan penerbitan pada masa yang sudah lama tidak boleh digunakan lagi kerana masa demi masa berlakunya perubahan.

« Seterusnya,adalah penerbit samada ia merupakan penerbit universiti atau ia bersifat akademik dan isi kandungannya boleh dipercayai ataupun tidak.

« Begitu juga dengan penerbit-penerbit yang berwibawa.

« Kebiasaannya penerbit seperti ini selalunya memastikan karya terbitannya berkualiti.


2. Analisis mendalam

« Analisis mendalam melihat isi kandungan bahan maklumat.

« Di bawah analisis mendalam ini terdapat perkara yang perlu diketahui antaranya golongan sasaran pengarang tersebit samada untuk santapan umum atau untuk sesuatu golongan tertentu seperti pelajar.

« perkara yang perlu diteliti dalam analisis mendalam ini adalah seperti liputan,keobjektifan iaitu maklumat yang dieri berbentuk fakta atau pebdapat seseorang.

« Biasanya maklumat yang berbentuk fakta lebih mudah dipercayai berbanding dengan maklumat yang berbentuk pendapat kerana ia hanyalah berdasarkan pendapat orang – orang tertentu sahaja

Ciri-ciri Maklumat Yang Baik

« Tepat ( Accurate )

o Maklumat yang tepat dapat menolong pengguna membuat keputusan atau menyelesaikan masalah.

o Ini adalah kerana dengan maklumat yang tepat, pengguna tidak perlu lagi membuat perbandingan dengan maklumat dari sumber lain.

o Semakin tepat maklumat yang diperolehi, maka semakin rendah risiko yang bakal dihadapi oleh pengguna.

« Cepat ( Timeless )

o Maklumat mestilah mudah dicapai apabila diperlukan.

o Cepat atau lambat memperolehi maklumat yang tepat akan menyebabkan pelbagai implikasi.

o Maklumat yang dapat diperolehi dengan cepat dan tepat akan membolehkan pengguna memperolehi keuntungan atau manfaat yang besar dan sebaliknya jika maklumat yang lambat diperolehi, maka besar kemungkinan maklumat itu sudah lapuk dan tidak memberi makna lagi.

« Lengkap ( Completeness )

o Tidak berlaku keadaan yang bertaburan di merata tempat.

o Maklumat yang lengkap dapat menjimatkan masa pengurusan maklumat.

o Maklumat yang lengkap dan tersusun dapat membantu dan menjimatkan masa untuk pengguna mambuat keputusan atau menyelesaikan masalah.

« Ringkas ( Conciseness )

o Maklumat hendaklah ringkas, penting untuk menjimatkan masa.

o Pengguna tidak dapat membuat keputusan yang tepat dan bertepatan waktu tanpa maklumat yang cukup.

o maklumat yang dibekalkan hendaklah tepat dan ringkas.

o Kuantiti maklumat yang terlampau banyak hanya akan membebankan pengguna.

« Berkaitan ( Relevancy )

o Maklumat itu hendaklah berasakan need-to-know.

o Maklumat yang diterima oleh pengguna mesti mempunyai kaitannya dengan tanggung jawab dan tujuan pengguna.

o Maklumat yang tidak releven hanya akan menyebabkan kelewatan memperoses maklumat, oleh itu penilaian dan keputusan juga akan lambat tercapai.

Sumber-sumber pengesanan maklumat


« Kamus Maklumat

o Di dalam kamus ialah makna sesuatu perkataan serta cara menggunakannya.

o kamus yang memberi maklumat tentang asal usul perkaaan serta sebutan atau bunyinya.

o Kamus dwibahasa juga ada memberikan makna terjemahan seperti dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris dan sebaliknya.

« Ensiklopedia.

o Maklumat yang terperinci dan kasar juga terdapat.

o mempunyai jilid maklumat umum atau kasar, yang disebut makro.

o Jika terdapat jilid yang menerangkan secara terperinci, ia disebut ensiklopedia mikro.

« Atlas.

o Maklumat di atlas asasnya ialah maklumat geografi.

o Kita akan memperolehi maklumat tentang nama negeri nama bandar, nama laut, nama gunung, nama selat, nama kawasan dan bentuk muka bumi yang lain.

o terdapat maklumat tentang pertanian, perlombongan, pengangkutan, taburan penduduk, kedudukan sesuatu tempat di garisan bujur dan lintang dan sebagainya.

« Buku Tahunan.

o Buku Tahunan mengandungi maklumat tentang sesebuah negeri atau bidang di dalam sesuatu tahun.

o Contohnya, buku Information Malaysia: 1986 Yearbook.

« Almanak.

o buku yang mengandungi banyak maklumat yang berbagai-bagai dan kemaskini.

o Ia mengandungi maklumat yang lebih kemaskini dari ensiklopedia.

o Ia juga mengandungi perangkaan, carta, ringkasan dalam semua bidang.

o Maklumat di Almanak disusun mengikut bentuk yang sama dengan Buku Tahunan.

« Buku Panduan Telefon.

o Maklumat daripada buku panduan telefon berkaitan dengan nombor telefon, nama pemilik, nombor tersebut serta alamat rumah pemilik.

« Graf.

o Membaca graf garisan memerlukan pengetahuan tentang skala.

o perlu tahu membaca maklumat di paksi X dan paksi Y.

o Sukatan dan maklumat yang ada di paksi X dan paksi Y tercatat di sebelah kedua-dua paksi.

o Membaca graf pai pula dijalankan dengan melihat sektor-sektor yang ada di dalam grf pai.

o Di dalam sektor ini ada label dan nilai.

o Baca label dan nilai untuk mengetahui sesuatu maklumat seperti jumlah dagangan, jumlah penduduk, peratus golongan bandar dan luar bandar dan sebagainya.

« Carta Maklumat.

o Daripada carta boleh dikesan dengan membaca apa yang ada di dalam carta.

o memberi meklumat tunggal.

o Banyak carta memberi maklumat yang berkaitan.

« Peta.

o Di dalam peta terdapat beberapa jenis maklumat.

o Apabila membaca peta seperti peta topo, kita perlu mengetahui makna simbol atau lambang yang ada dalam peta.

o Kita juga perlu tahu makna sesuatu warna dan saiz skalanya. Semua maklumat ini ada di dalam ruangan petunjuk.

o Petunjuk dan skala terdapat di bahagian tepi bawah peta. Begitu juga arah angin.

o Kalau tiada arah angin, peta itu mempunyai arah utara di sebelah atas dan barat di sebelah kiri pembaca.

o Untuk mencari tempat seperti bandar gunakan garisan bujur atau lintang atau panduan grid bagi peta topo jika soalan mencari tempat disediakan dengan bacaan grid.

« Gambar.

o Sekeping gambar mengandungi banyak maklumat.

o Maklumat di gambar boleh dikesan dengan melihat bentuk, rupa atau warna yang ada di dalam gambar itu.

o Selepas dapat mengesan bentuk atau rupa, barulah kita menceritakan tentang ciri sesuatu bentuk, rupa atau warna sesuatu benda.

o Kita boleh buat lakaran di atas kertas berasaskan kepada rupa bentuk dan kedudukan sesuatu benda yang ada di dalam gambar.

« Majalah.

o Ia bermula dengan mencari tempat dan nama majalah.

o Baca isi kandungan serta bilangan muka suratnya untuk mendapat muka surat di mana sesuatu penulisan itu dicetak.

o Senarai kandungan ini boleh terdapat di halaman luar kulit depan atau kulit belakang.

o Ia juga boleh terdapat di halaman judul majalah itu sendiri.

« Indeks.

o merupakan himpunan senarai bahan seperti buku, majalah, akhbar dan bahan-bahan cetakan dan bahan cetakan yang lain.

o Ia memberikan pengguna mengesan dengan cepat butiran berkenaan dengan satu jenis bahan.

o Antaranya ialah indeks majalah seperti Popular Perriodical index.

o Dari indeks majalah contohnya, kita boleh mengesan nama majalah, tarikh diterbitkan, iaitu tahun atau bulan. Tahun, bulan dan juga nama majalah dan akhbar boleh jadi ditulis secara ringkasan sahaja.

o Dari indeks anda boleh juga mendapat maklumat tentang nombor jilid.

o Indeks majalah mengandungi juga nombor penjelasan.

o Ia dikelaskan mengikut bahagian atau seksi dan perkara.

« Bibliografi.

o Maklumat yang ada di dalam bibliografi lengkap dengan nama pengarang, judul, penerbit, tempat terbitan, tarikh terbitan, saiz buku, bilangan muka surat, harga dan juga jenis jilidan (kulit tebal atau kulit nipis).

o Di dalam bibliografi am seperti bibliografi Negara Malaysia, ada seksi yang memuatkan indeks pengarang, judul dan siri. Indeks pengarang disusun mengikut abjad.

o Ini boleh dikatakan sebagai bibliografi ama tetapi disusun mengikut nama pengarang dan perkara.

o Bagi bibliografi khas ia hanya menyediakan butiran buku bagi sesuatu bidang sahaja sseperti bibliografi teknologi, bibliografi sejarah dan sebagainya.

o Kalau kita hendak mengesan bidang tertentu kita boleh merujuk kepada bibliografi khas ini.

Rumusan

Keupayaan

  • mendapatkan maklumat yang relevan sesuai dan berguna dengan berkesan dan cekap
  • Mengolah data kepada maklumat dan ilmu yang berguna untuk kepentingan sejagat dan dapat menyelesai masalah dan buat keputusan

REFRENCE

  1. http://www.teachersrock.net/masteri5.htm#Memperoleh%20Maklumat
  2. http://maziahrashid.blogspot.com/2010/02/kemahiran-maklumat.html
  3. http://shafnur.tripod.com/kemat.htm

No comments:

Post a Comment