Setiap benda mesti ada kebaikan dan keburukannya. Kemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR pun juga ada kebaikan dan keburukannya. Tetapi saya rasa tidak wajar memusnahkan peperiksaan UPSR dan PMR.
Adakah UPSR dan PMR benar-benar wajar dimansuhkan?
Pada hari ini , kebanyakan pelajar belajar kerana ada sistem ujian supaya dapat menjamin masa depan mereka , termasuk saya . Saya tidak menafikan saya seorang daripada pelajar yang malas dan suka bermain . Saya akan belajar jika ada ujian . Oleh itu , saya rasa bahawa UPSR dan PMR tidak harus dimansuhkan.
Adakah UPSR dan PMR ialah beban??? Adakah UPSR dan PMR menjadi sebab utama tidak berlakunya pendidikan yang efektif dan berkesanndi dalam kelas ekoran kecenderungan mereka ??? Calon-calon UPSR dan PMR hanya menumpu kepada teknik menjawab dan soalan yang berkemungkinan akan keluar dalam peperiksaan???
Pada pendapat saya , pelajar mungkin menganggap UPSR/PMR sebagai satu tujuan mereka supaya mereka akan bersungguh-sungguh dan berusaha untuk mencapai tujuan yang ditetapkan. BUKAN BEBAN mereka. Dalam proses menghadapi peperiksaan UPSR dan PMR , walaupun mereka mungkin akan berasa tekan , tetapi mereka akan dapat meluaskan ilmu pengetahuan mereka dan fikiran mereka boleh dikembangkan.
Jika peperiksaan UPSR dan PMR dimusnahkan , pelajar akan hilang daya saing atau minat belajar . Sebagai contoh, murid tahun 6 dan tingkatan 3 dalam sesebuah sekolah, keadaan asyik mentelaah buku ini hanya dapat dilihat kepada pelajar kelas-kelas A dan B sahaja. Jadi, konklusinya, pada hujung tahun nak peperiksaan pun tak ingin baca buku, inikan pula bila kedua-dua peperiksaan ini dimansuhkan? Mereka akan menjadi malas lagi.
Selain itu , masalah sosial semakin melambak di Malaysia. Cuba anda fikirkan, jika kerajaan tak wujudkan peperiksaan di Tahun 6 dan Tingkatan 3, bagaimana perilaku remaja-remaja hari ini ? Meraka akan semakin dashyat. Pada masa itu, bangsa sedunia sedang berusaha memupuk pemikiran dan sahsiah ideologi kelas pertama dalam masyarakat, kita di Malaysia ini seolah-olah menggalakkan pelajar membazir masa dan tenaga di aktiviti yang tidak berfaedah, seperti melepak di pusat beli-belah , merokok dan lain-lain. Bagaimana nak capai sahsiah ideologi kelas pertama dalam masyarakat ? Pelajar-pelajar yang bermasalah tersebut akan menganggap peperiksaan di sekolah tidak berguna atau tidak penting. Malaysia mungkin dipenuhi macam-macam masalah sosial sama ada secara fizikal atau secara maya.
Di samping itu, soal kelayakan akademik menengah akan timbul. Tanpa peperiksaan yang setanding seperti PMR, sudah tentu agak sukar bagi pelajar untuk menentukan bidang yang sesuai dengan kelayakan akademik untuk memasuki ditingkatan empat. Maka, timbulah masalah seperti mengikut kawan atau pilih bidang untuk glamor.
Sebagai contoh, Tanpa peperiksaan seperti PMR yang benar-benar kukuh, seorang pelajar yang tidak ingin berusaha dan asyik gagal subjek Mathematics diluluskan untuk masuk kelas Sains 1 (Physic) semata-mata disebabkan pengaruh rakan-rakan dan glamor. Malangnya, akan melahir pelajar yang lepasan SPM yang akhirnya tidak diterima masuk ke IPTA. Selain itu, mereka disebabkan tidak ada apa yang ingin dibuat, pelajar tersebut akhirnya menjadi penyumbang kepada peningkatan statistik masalah sosial di Malaysia.
Kesimpulannya, jika UPSR dan PMR dimansuhkan, ada kebaikan dan keburukan. Jadi saya berharap yang UPSR dan PMR janganlah dimansuhkan. Saya berharap pihak berkaitan haruslah memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam UPSR dan PMR dan janganlah membuat keputusan terburu-buru apatah lagi dipengaruhi tekanan dan unsur-unsur politik.
perkara ‘X’ mungkin dianggap maklumat kepada seorang individu, tetapi tidak bagi individu lain.
«Maklumat ialah data yang telah diproses atau data yang memberi makna dan difahami.
Contoh
bilangan murid yang telah lulus dalam peperiksaan yang dijalankan mengikut gred yang telah ditetapkan . Berdasarkan data itu dapat dibuat kesimpulan mengenai kelemahan murid-murid tersebut dan tindakan susulan dapat dibuat bagi meningkatkan prestasi.
Kemahiran Maklumat perlu untuk
«hidup dan bersaing dalam dunia dan ekonomi global yang terlalu bergantung kepada maklumat
«belajar berdikari secara beransur-ansur untuk menghayati konsep pendidikan seumur hidup
«Penyumbang kepada pencapaian negara – K-Masyarakat
«Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi)
«Memperkukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga manusia berpengetahuan
«Kerajaan menghendaki seluruh rakyatnya mempelajari, memahami dan menguasai pengetahuan mengenai “Information Technology” (IT)
KEMAHIRAN – KEMAHIRAN MEMPEROLEHI MAKLUMAT
Enam kemahiran utama yang digunakan oleh pengguna maklumat yang dikenali juga sebagaiBig Six Skills
dicipta oleh dua orang warga Amerika Syariakt iaitu Micheal B.Eisenberg dan Robert Berkowitz pada tahun 1987.
Enam kemahiran utama ini telah diikhtiraf sebagai kurikulum celik maklumat bagi sekolah – sekolah di Amerika Syarikat.
Secara umumnya, ia adalah proses pembelajaran melalui penyelesaian masalah.
Ia mengajar pelajar cara mencari dan menggunakan maklumat secara efektif bagi menyelesaiakn masalah dalam setiap subjek di sekolah.
Ini mendedahkan pelajar pelbagai sumber, teknik mencari maklumat dan cara mempersembahkan maklumat dalam bentuk yang berkesan dan menarik.
The Big Six Skills Model
Menentukan Tugasan/keperluan
a.Tentukan tujuan
b.Tentukan masalah, tanya soalan
c.Tentukan keperluan maklumatberhubung dengan masalah
d.Gambarkan dengan tepat skopsesuatu topic
e.Kaitkan dengan pengetahuan sedia ada
f.Buat gambaran/Peta minda
Menstrategi proses mengesan sumber
a)Tentukan kepelbagaian sumber yang mungkin ada
b)Memahami bahawa bahan elektronik seperti Laman Web dan CDR adalah pelengkap kepada bahan cetak
c)Nilai dan pilih sumber yang mungkin sesuai mengikut keperluan
3.Lokasi dan Akses
a.Mengesan sumber maklumat (fisikal danintelektual)
b.Cari maklumat daripada sumber
c.Perlu ada kemahiran perpustakaan membaca, belajar dan ICT
4.Mengguna Maklumat
a)Terlibat secara aktif (membaca,mendengar,melihat,melayari Laman Web)
b)Mendapatkan maklumat daripada sumber
c)Perlu ada kemahiran membaca, menulis, belajar dan ICT
5.Sintesis (sepadukan maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber)
a.Menyusun maklumat daripada
-menguna bahan dengan gaya sendiri
-guna “Critical-Thinking Skills”
b.Menyampaikan maklumat
-ubahsuai maklumat mengikut formatpenyampai
-berkomunikasi dengan tepat,mengambilkira media,mesej dan penonton
6.Penilaian (kritis)
a)Nilai keberkesanan produk kajian
b)Nilai keberkesanan dankeefisienan proses penyelesaian masalah yang dijalankan
MENENTUKAN KETEPATAN MAKLUMAT Menentukan ketepatan membawa maksud yang sama dengan membuat penilaian terhadap maklumat tersebut.Di bawah subtopik ini akan membincangkan tentang cara yang dapat membantu dalam proses penilaian.Antara caranya ialah berdasarkan analisis mudah dan analisis mendalam.
1. Analisis mudah
«Dalam analisis mudah terdapat perkara – perkara yang perlu diteliti seperti pengarang buku.
«Pengarang buku ini dapat dipastiakn berdasarkan latar belakang pendidikan,pengalaman,hasil tulisan terdahulu sekiranya ada dan di mana pengarang itu bekerja.
«Biasanya latar belakang ini terdapat pada biodata pengarang.
«tahun penerbitan sesebuah buku juga perlu kita teliti samada ia penulisan pada zaman dahulu atau pada masa sekarang.
«Kemungkinan penerbitan pada masa yang sudah lama tidak boleh digunakan lagi kerana masa demi masa berlakunya perubahan.
«Seterusnya,adalah penerbit samada ia merupakan penerbit universiti atau ia bersifat akademik dan isi kandungannya boleh dipercayai ataupun tidak.
«Begitu juga dengan penerbit-penerbit yang berwibawa.
«Kebiasaannya penerbit seperti ini selalunya memastikan karya terbitannya berkualiti.
2. Analisis mendalam
«Analisis mendalam melihat isi kandungan bahan maklumat.
«Di bawah analisis mendalam ini terdapat perkara yang perlu diketahui antaranya golongan sasaran pengarang tersebit samada untuk santapan umum atau untuk sesuatu golongan tertentu seperti pelajar.
«perkara yang perlu diteliti dalam analisis mendalam ini adalah seperti liputan,keobjektifan iaitu maklumat yang dieri berbentuk fakta atau pebdapat seseorang.
«Biasanya maklumat yang berbentuk fakta lebih mudah dipercayai berbanding dengan maklumat yang berbentuk pendapat kerana ia hanyalah berdasarkan pendapat orang – orang tertentu sahaja
Ciri-ciri Maklumat Yang Baik
«Tepat ( Accurate )
oMaklumat yang tepat dapat menolong pengguna membuat keputusan atau menyelesaikan masalah.
oIni adalah kerana dengan maklumat yang tepat, pengguna tidak perlu lagi membuat perbandingan dengan maklumat dari sumber lain.
oSemakin tepat maklumat yang diperolehi, maka semakin rendah risiko yang bakal dihadapi oleh pengguna.
«Cepat ( Timeless )
oMaklumat mestilah mudah dicapai apabila diperlukan.
oCepat atau lambat memperolehi maklumat yang tepat akan menyebabkan pelbagai implikasi.
oMaklumat yang dapat diperolehi dengan cepat dan tepat akan membolehkan pengguna memperolehi keuntungan atau manfaat yang besar dan sebaliknya jika maklumat yang lambat diperolehi, maka besar kemungkinan maklumat itu sudah lapuk dan tidak memberi makna lagi.
«Lengkap ( Completeness )
oTidak berlaku keadaan yang bertaburan di merata tempat.
oMaklumat yang lengkap dapat menjimatkan masa pengurusan maklumat.
oMaklumat yang lengkap dan tersusun dapat membantu dan menjimatkan masa untuk pengguna mambuat keputusan atau menyelesaikan masalah.
«Ringkas ( Conciseness )
oMaklumat hendaklah ringkas, penting untuk menjimatkan masa.
oPengguna tidak dapat membuat keputusan yang tepat dan bertepatan waktu tanpa maklumat yang cukup.
omaklumat yang dibekalkan hendaklah tepat dan ringkas.
oKuantiti maklumat yang terlampau banyak hanya akan membebankan pengguna.
«Berkaitan ( Relevancy )
oMaklumat itu hendaklah berasakan need-to-know.
oMaklumat yang diterima oleh pengguna mesti mempunyai kaitannya dengan tanggung jawab dan tujuan pengguna.
oMaklumat yang tidak releven hanya akan menyebabkan kelewatan memperoses maklumat, oleh itu penilaian dan keputusan juga akan lambat tercapai.
Sumber-sumber pengesanan maklumat
«Kamus Maklumat
oDi dalam kamus ialah makna sesuatu perkataan serta cara menggunakannya.
okamus yang memberi maklumat tentang asal usul perkaaan serta sebutan atau bunyinya.
oKamus dwibahasa juga ada memberikan makna terjemahan seperti dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris dan sebaliknya.
«Ensiklopedia.
oMaklumat yang terperinci dan kasar juga terdapat.
omempunyai jilid maklumat umum atau kasar, yang disebut makro.
oJika terdapat jilid yang menerangkan secara terperinci, ia disebut ensiklopedia mikro.
«Atlas.
oMaklumat di atlas asasnya ialah maklumat geografi.
oKita akan memperolehi maklumat tentang nama negeri nama bandar, nama laut, nama gunung, nama selat, nama kawasan dan bentuk muka bumi yang lain.
oterdapat maklumat tentang pertanian, perlombongan, pengangkutan, taburan penduduk, kedudukan sesuatu tempat di garisan bujur dan lintang dan sebagainya.
«Buku Tahunan.
oBuku Tahunan mengandungi maklumat tentang sesebuah negeri atau bidang di dalam sesuatu tahun.
oContohnya, buku Information Malaysia: 1986 Yearbook.
«Almanak.
obuku yang mengandungi banyak maklumat yang berbagai-bagai dan kemaskini.
oIa mengandungi maklumat yang lebih kemaskini dari ensiklopedia.
oIa juga mengandungi perangkaan, carta, ringkasan dalam semua bidang.
oMaklumat di Almanak disusun mengikut bentuk yang sama dengan Buku Tahunan.
«Buku Panduan Telefon.
oMaklumat daripada buku panduan telefon berkaitan dengan nombor telefon, nama pemilik, nombor tersebut serta alamat rumah pemilik.
«Graf.
oMembaca graf garisan memerlukan pengetahuan tentang skala.
operlu tahu membaca maklumat di paksi X dan paksi Y.
oSukatan dan maklumat yang ada di paksi X dan paksi Y tercatat di sebelah kedua-dua paksi.
oMembaca graf pai pula dijalankan dengan melihat sektor-sektor yang ada di dalam grf pai.
oDi dalam sektor ini ada label dan nilai.
oBaca label dan nilai untuk mengetahui sesuatu maklumat seperti jumlah dagangan, jumlah penduduk, peratus golongan bandar dan luar bandar dan sebagainya.
«Carta Maklumat.
oDaripada carta boleh dikesan dengan membaca apa yang ada di dalam carta.
omemberi meklumat tunggal.
oBanyak carta memberi maklumat yang berkaitan.
«Peta.
oDi dalam peta terdapat beberapa jenis maklumat.
oApabila membaca peta seperti peta topo, kita perlu mengetahui makna simbol atau lambang yang ada dalam peta.
oKita juga perlu tahu makna sesuatu warna dan saiz skalanya. Semua maklumat ini ada di dalam ruangan petunjuk.
oPetunjuk dan skala terdapat di bahagian tepi bawah peta. Begitu juga arah angin.
oKalau tiada arah angin, peta itu mempunyai arah utara di sebelah atas dan barat di sebelah kiri pembaca.
oUntuk mencari tempat seperti bandar gunakan garisan bujur atau lintang atau panduan grid bagi peta topo jika soalan mencari tempat disediakan dengan bacaan grid.
«Gambar.
oSekeping gambar mengandungi banyak maklumat.
oMaklumat di gambar boleh dikesan dengan melihat bentuk, rupa atau warna yang ada di dalam gambar itu.
oSelepas dapat mengesan bentuk atau rupa, barulah kita menceritakan tentang ciri sesuatu bentuk, rupa atau warna sesuatu benda.
oKita boleh buat lakaran di atas kertas berasaskan kepada rupa bentuk dan kedudukan sesuatu benda yang ada di dalam gambar.
«Majalah.
oIa bermula dengan mencari tempat dan nama majalah.
oBaca isi kandungan serta bilangan muka suratnya untuk mendapat muka surat di mana sesuatu penulisan itu dicetak.
oSenarai kandungan ini boleh terdapat di halaman luar kulit depan atau kulit belakang.
oIa juga boleh terdapat di halaman judul majalah itu sendiri.
«Indeks.
omerupakan himpunan senarai bahan seperti buku, majalah, akhbar dan bahan-bahan cetakan dan bahan cetakan yang lain.
oIa memberikan pengguna mengesan dengan cepat butiran berkenaan dengan satu jenis bahan.
oAntaranya ialah indeks majalah seperti Popular Perriodical index.
oDari indeks majalah contohnya, kita boleh mengesan nama majalah, tarikh diterbitkan, iaitu tahun atau bulan. Tahun, bulan dan juga nama majalah dan akhbar boleh jadi ditulis secara ringkasan sahaja.
oDari indeks anda boleh juga mendapat maklumat tentang nombor jilid.
oIndeks majalah mengandungi juga nombor penjelasan.
oIa dikelaskan mengikut bahagian atau seksi dan perkara.
«Bibliografi.
oMaklumat yang ada di dalam bibliografi lengkap dengan nama pengarang, judul, penerbit, tempat terbitan, tarikh terbitan, saiz buku, bilangan muka surat, harga dan juga jenis jilidan (kulit tebal atau kulit nipis).
oDi dalam bibliografi am seperti bibliografi Negara Malaysia, ada seksi yang memuatkan indeks pengarang, judul dan siri. Indeks pengarang disusun mengikut abjad.
oIni boleh dikatakan sebagai bibliografi ama tetapi disusun mengikut nama pengarang dan perkara.
oBagi bibliografi khas ia hanya menyediakan butiran buku bagi sesuatu bidang sahaja sseperti bibliografi teknologi, bibliografi sejarah dan sebagainya.
oKalau kita hendak mengesan bidang tertentu kita boleh merujuk kepada bibliografi khas ini.
Rumusan
Keupayaan
mendapatkan maklumat yang relevan sesuai dan berguna dengan berkesan dan cekap
Mengolah data kepada maklumat dan ilmu yang berguna untuk kepentingan sejagat dan dapat menyelesai masalah dan buat keputusan