BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 22, 2011

asas nyanyian

ORGAN / ALAT NYANYIAN

¬ Hidung

¬ Mulut

¬ Peparu

¬ Tulang rusuk

¬ Bibir

¬ Lidah

¬ Gigi

¬ Pita suara (vocal cords)

Bunyi terhasil dari sesuatu getaran. Contohnya, apabila meja diketuk,permukaan meja akan bergetar dan bunyi pun terhasil. Atau apabila trumpet ditiup, udara dalam trumpet akan bergetar dan oleh itu,bunyi trumpet terhasil.

Biasanya, semasa bernafas,udara dari peparu akan melalui larynx dan terus keluar tanpa mengeluarkan bunyi. Apabila mengeluarkan bunyi, pita suara akan dikawal supaya ia dapat menggetarkan udara yang dlaluinya. Dengan cara itu, suatu bunyi terhasil.

Gabungan antara gigi,lidah dan bibir akan membentuk bunyi menjadi konsonan dan vocal. Simbol bagi vocal dan konsonan adalah huruf-huruf.

Pic-pic muzik adalah besar atau kecilnya sesuatu bunyi. Semakin nyaring bunyi maka semakin tinggi picnya. Kadar ketegangan pita suara akan mempengaruhi ketinggian pic. Penyanyi yang mempunyai suara yang tinggi mempunyai pita suara yang kuat.

Kekuatan bunyi (volume) ditentukan oleh kuatnya tekanan udara dari peparu. Dalam muzik kekuatan bunyi disebut sebagai dinamiks. Istilah kuat atau lembut menunjukkan tahap dinamik pada muzik.

Julat pic ialah jarak antara pic paling rendah dengan pic paling tinggi dapat dihasilkan oleh seseorang. Penyanyi yang baik mempunyai julat pic yang besar.

POSTUR

Dalam nyanyian, tubuh badan manusia sama seperti alat muzik. Semasa menyanyi postur adalah amat penting. Postur mempengaruhi cara pernafasan, mutu pengeluaran suara dan keseluruhan nyanyian seseorang.

POSTUR SEMASA MENYANYI SECARA BERDIRI

1. Berdiri tegak,kaki direnggang sedikit.Imbang badan di kedua-dua belah kaki dan keseluruhan anggota dalam keadaan selesa.

2. Tangan di sisi badan.

3. Dada ke hadapan, bahu ke balakang dan elakkan dari mengangkat bahu.

4. Kepala ditegakkan dan pandangan lurus ke hadapan

POSTUR SEMASA MENYANYI SECARA DUDUK

1. Duduk tegak,kaki direnggang sedikit,kedua-dua tapak kaki di lantai dalam keadaan selesa.

2. Tangan di atas peha.

3. Duduk separuh bahagian hadapan kerusi dan jangan bersandar.

4. Dada ke hadapan,bahu ke belakang dan elakkan dari mengangkat bahu.

5. Kepala ditegakkan da pandangan lurus ke hadapan.

POSTUR MEMAINKAN REKORDER

1. Tangan kiri memegang bahagian atas rekorder; Tangan kanan pula memegang bahagian bawah rekorder.

2. Letakan mouthpiece di antara bibir. Jangan masukkan terlalu dalam sehingga sentuh gigi. Jangan gigit mouthpiece.

3. Empt jari tangan kiri menutup lubang bahagian atas rekorder dan empat jari tangan kanan menutup lubang bahagian bawah rekorder sedangkan jari kelingking menutup bahagian kaki rekorder.

4. Posisi kepala dan badan adalah tegak dan bahu relaks.

5. Dada ke hadapan, bahu ke belakang dan elakkan dari mengangkat bahu.

6. Kedua-dua siku mengangkat sehingga tidak menyentuh badan.

7. Posisi mengarah rekorder ke hadapan dengan sudut 45 darjah.

8. Berdiri dalam posisi yang selesa dan renggangkan tangan.

No comments:

Post a Comment